Ada banyak cara nak registerkan domain name tapi bagi saya, cara yang paling mudah sekali ialah menerusi google apps. Platform blog untuk google ialah blogspot. Kalau nak mudah cepat dan taknak pening kepala, registerkan sahaja domain anda menerusi google. Untuk wordpress pun ada caranya tapi saya tak berapa pasti. Mungkin lebih mudah tapi saya terangkan untuk blogspot dahulu untuk artikel kali ini.
*Maaf sekiranya penggunaan bahasa melayu dan terma bahasa inggeris agak banyak dalam artikel ini kerana saya gagal mengalihbahasa terma tersebut dengan baik ketika itu.
Cara-caranya ialah:
1. Ada blog dengan blogspot dahulu.
Sebelum ada blog dengan blogspot, adalah lebih mustajab sekiranya email yang digunakan adalah email dari gmail. kenapa? sebab google punya services. better compatibality. maksudnya, dengan menggunakan akaun google; gmail, blogspot, youtube, webmaster tools, google drive, google search dan banyak lagi application google akan lebih mudah terurus. yang penting username & password google account tu kena simpan baik-baik.
 |
www.blogger.com |
2. Start free trial dengan google apps dan masukkan domain yang dikehendaki. kemudian ikut steps dan buat pembayaran kredit kad untuk membeli domain.
 |
Register with google apps |
3. Register domain dengan hosting dari enom. Untuk bahagian ni jangan risau sebab dari google apps, semua steps dah diringkaskan. Kita cuma ikut saja dari google apps. Sebabnya dia dah mudahkan steps nak kesana kemari dari satu platform saja iaitu google apps.
4. Pastikan semua email untuk urusan pendaftaran blog dari awal hingga akhir disimpan
Selepas urusan pendaftaran selesai, rujuk semula email google yang mula-mula digunakan untuk register google apps. kerana anda akan menerima satu lagi email dari google apps selepas domain anda didaftarkan. dalam email tersebut ada dinyatakan username dan password untuk masuk ke akaun domain anda di enom.
5. Masukkan alamat redirect www dan generated hostname
Bbalik semula ke blogspot, menerusi setting>basic, di bahagian blog address, masukkan option redirect domain anda disitu. anda akan diminta untuk mengedit akaun domain anda dengan 2 address yang baru iaitu hostname = www, address = ghs.google.com. dan satu lagi name generated dari blogspot server. e:g; hostname = jjhuduaklsifqqiei , address = ghs.google.com.
 |
Domain names service |
6. Redirect blog ke domain
Setelah kedua alamat ini dimasukkan kedalam domain service account, balik semula ke setting blogspot untuk confirmkan setting dan save.
 |
Blogspot setting > Basic > redirect |
Dan blog anda yang dahulunya http://namabloganda.blogspot.com kini telah bertukar kepada http://www.namabloganda.com.
Selamat mencuba!
Epul Jaguh
Ada terfikir nak menawarkan servis pendaftaran domain dengan blogspot