2013-07-07

Cerita disebalik Appreciation High Tea Bersama Jutawan Shaklee buat kami berdua terkejut



Appreciation High Tea ni adalah untuk mengumpulkan seluruh jaringan network dibawah Master Cery. banyak benda yang kami terkejut! dari terjumpa member ninja, tak sangka 3 orang yang sebelum ni jumpanya di gerai tepi jalan sebab sebelum ni kami memang dah kenal.

yang paling tak sangka sepupu isteri saya sendiri pun aktif mempromosikan produk Shaklee. kagum dan agak kecewa sikit. kagum sebab ada jugak dikalangan saudara mara terdekat yang terbuka hati untuk menjalankan bisnes Shaklee ini. Kecewa sebab? biasalah.. bukan kami yang membuka hatinya untuk menyertai bisnes ini. tapi tak mengapa, kami anggap ini semua suratan takdir. Allah Maha Mengetahui. setiap perkara yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.

Selain itu, pendapat peribadi saya sendiri mengenai High Tea ini adalah semestinya diadakan berkala dan tambahkan slot perkongsian dari master ataupun bakal master dengan tajuk yang pelbagai. hari ini semua macam sama saja, so agak keboringan sedikit. saya perasan ada master yang agak gugup ketika berucap di atas pentas. memang agak pelik kerana pada saya, level master ni setakat sembang kat atas pentas 10 minit ni macam 10 saat aje. maksudnya isi kandungan yang disampaikan sgtlah ditunggu-tunggu dan cara penyampaian mereka sangat tip-top. tapi inilah keunikan group ini. yg pada saya bagus kerana market penetration yang sangat bagus berbanding dengan group lain yang telah lama menjalankan perniagaan ini yg mementingkan aspek pembangunan individu sahaja tanpa menekankan aspek penjualan produk kepada open market.

sekian coretan untuk kali ini.

semoga anda mendapat manfaat dan darinya.

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.