2013-07-21

kerja-kerja menyiapkan blog sedang dilakukan

banyak benda nak kena sediakan sebelum blog epuljaguh.com ni jadi sepertimana yang saya mahukan. benda pertama yang dah siap ialah cari template yang sesuai dengan jiwa sanubari. ada banyak template rupanya kat website, pilih  mana yang berkenan. dulu tak berapa nak ambil tahu pasal template ni sebab tak pasti nak pakai wordpress ataupun blogspot. saya bermula dengan blogspot, tapi apabila master Zainul cakap wordpress lebih mesra SEO, hati ni jadi serba salah dibuatnya.


blog dalam proses bertukang picture
blog tengah bertukang

sehinggalah beberapa minggu lepas, setelah menjalankan beberapa ujikaji terhadap semua ciri-ciri yang terdapat dalam wordpress.com, setelah mengetahui selok belok cara untuk meletakkan host blog dalam bluehost menerusi wordpress.org, saya dapat membuat konklusi berikut; memang hebatlah orang yang boleh host blog sendiri, pandai cari SQL server sebagai tapak untuk isi kandungan blog, pandai cari webhosting untuk publishkan blog, pandai cari hosting segala macam perihal nak hosting, tapi saya tak mahu serabut kepala duduk memikirkan hal teknikal berkaitan blog, saya mahu tumpukan kepada isi kandungan blog yang hendak saya sampaikan kepada seluruh dunia. (ada bunyi macam poyo sikit di situ)

jadi, blog yang pernah dideletekan itu kini kembali beroperasi. nasiblah epuljaguh.blogspot.com. memang kejap delete, kejap undelete akibat nak uji sana uji sini untuk memuaskan hati mana satu platform yang bagus kononnya. Padahal ia terpulang pada citarasa individu. bagi saya, blogspot lagi mesra buta IT. maaf jika terasa. sebab saya pun buta IT juga. buta IT di sini bermaksud, malas nak serabut kepala.

dan satu lagi sebab mengapa saya macam beriya-iya nak mengupdate blog, selain sebab untuk mengejar cita-cita financial freedom melalui bisnes shaklee, saya tak mahu anak-anak bisnes cakap, dia suruh kita update blog, tapi dia sendiri tak update blog dia. pedih kalau terkena ayat ni. jadi untuk elakkan dari terkena, kena cepat-cepat buat satu blog. kira blog ini jadi mercu tanda sebelum anak-anak bisnes saya mengorak langkah yang lebih besar, kami kena mengorak seribu langkah terlebih dahulu. barulah sesuai dengan kata orang "lead by example".

Sekian coretan untuk kali ini. Semoga memberi manfaat untuk anda.

EpulJaguh
Baru lepas keluar dari persimpangan delima.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.