Jika soalan ini ditanya kepada anda, apa jawapan yang bakal anda berikan? Menjual produk sendiri dan menjual produk sedia ada di pasaran mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Contohnya menjual ayam goreng ibunda vs menjual ayam goreng jenama Kentuky Fried Chicken, yang mana satu yang lebih laku? Atau lebih tepat lagi membuka kedai makan sendiri dengan hanya menjual ayam goreng yang anda rasa ayam goreng itu amat sedap (tetapi biasa-biasa sahaja pada orang laing) berbanding membeli franchise Kentucky Fried Chicken dan menguruskan perniagaan tersebut mengikut format yang sedia ada.
Persoalan ini berbalik kepada tujuan asal kenapa kita ingin memulakan perniagaan. Adakah kita mahu jual barang sendiri yang sudah pasti memerlukan usaha promosi bagi memperkenalkannya di pasaran dan dalam masa yang sama kita syok sendiri kerana 3-4 orang pelanggan bercerita tentang kebagusan barang anda? Ataupun kita mahu menjual barang yang sudah menjadi buah mulut, tidak perlu mengeluarkan belanja untuk promosi dan sememangnya sangat laris dipasaran sehingga mengalahkan pisang goreng panas sewaktu musim hujan?
Anda yang sedang mencari apakah jenis perniagaan yang mampu memberikan pulangan yang sewajarnya bergantung kepada usaha saya harap anda akan berjumpa dengan perniagaan impian masing-masing. Kepada yang ingin tahu apakah jenis perniagaan yang memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.
Kredit kepada sumber artikel
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?
Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.
Selamat berblogwalking.