2012-11-28

Masih tak tahu apa nak di tulis di sini

Saya masih kurang pasti apa bentuk entry yang patut saya letak di sini. Nak cerita tentang Shaklee atau cerita tentang peluang perniagaan, atau cerita pasal produk Shaklee, atau cerita pasal kebaikan produk Shaklee?

Persoalan ini terus bermain di fikiran saya dan membuatkan saya agak perlahan dalam membantu isteri saya mengendalikan perniagaan kami. Tidak banyak yang dapat saya sumbang untuk memajukan perniagaan kami sepanjang tempoh tersebut. Ada kalanya saya terfikir untuk menjadikan blog ini sebagai kedai online sendiri.

Pernah juga terfikir untuk menjadikan blog ini sebagai diari untuk saya berkongsi pengalaman sejak dari mula menceburkan diri dalam perniagaan Shaklee. Dan saya masih berkira-kira untuk berbuat demikian kerana ia mungkin sebahagian jalan untuk saya rasa syok sendiri. Ia tak mampu untuk membantu memajukan perniagaan kami ketika ini dan pada masa hadapan.

Oleh itu, persoalan ini masih lagi menghantui pemikiran saya sehingga kini. Tunggu dan lihat apa akan terjadi. Bak kata mendiang Bruce Lee, jadilah seperti air. jika ia di dalam botol, maka jadi botollah ia. jika di dalam mangkuk maka mangkuklah ia.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.