Semacam ada semangat baru bila masuk bulan Mei ni. Mungkin sebab akhir bulan lepas pergi ke Master Celebration kat Empire hotel. Tengok event yang company buat untuk meraikan Master Lyna dan Master Zainul, terasa macam satu hari nanti giliran kami pula. Memang betul kata orang, kalau nak berjaya, kena duduk dengan orang yang berjaya. Kena bergaul dengan orang yang berjaya. Kena berkawan dengan orang yang berjaya. Kena ikut jalan yang dah ditunjukkan oleh orang yang dah berjaya baru boleh berjaya.
Sembang macamana kencang sekalipun, semua pilihan terletak pada diri sendiri juga. Semangat malas yang menebal dalam diri walaupun dah naik ke pangkat Coordinator memang kena kawal sebaik mungkin. Orang kata kalau kereta dah berhenti, nak jalan balik memang susah. Saya pesan dengan isteri saya untuk teruskan momentum yang dia dah mulakan sejak setahun lepas.
Memang perkara biasa dalam apa perniagaan sekalipun kadang kala ada pasang dan surutnya. Kadang-kadang tak promote pun ada sahaja orang nak beli produk. Kadang-kadang promote bagai nak rak tapi tak ada pun orang nak tanya apatah lagi nak beli. Jadi di sinilah titik tolak yang harus kami kenalpasti apabila bisnes naik dan turun. bila naik, kena bersyukur dan bila bisnes agak lembab, kami kena sabar dan teruskan usaha. Jangan berhenti.
Jadi bulan lepas kami agak slow dalam mempromosikan bisnes shaklee ini dan kami nak buat comeback dalam bulan Mei. Semoga niat kami mendapat restu dari Allah swt.
Jangan tunggu sampai kereta berhenti!
![]() |
Masa ni tak berapa rapat lagi dengan geng ASB yang lain. |
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?
Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.
Selamat berblogwalking.