2015-05-10

Malas. Perangai buruk yang selalu kita buat.

Termasuklah aku. Sekapal dengan golongan orang malas. Malas nak update blog. Malas nak edit video. Malas nak stay up buat research pasal next entri. Semuanya malas.

Walaupun nampak dihujung hasil setiap benda yang dirancang bila dapat hasilnya nanti sangat wow effect, tapi bila berdepan dengan saat memulakan sesuatu jadi sangat-sangat menolak. Seolah ada satu daya beban yang menghempap atas kepala langsung meniupkan rasa 'nantilah' yang sangat tinggi. 

Motivasi level sangat rendah. 

Rindu nak rasa diri termotivasi macam dulu-dulu. Highly motivated in all aspects of involvement. Semua tu dah hilang. 

Soalnya kenapa ye!?

Apa dah jadi dengan aku sekarang? I lost myself!

Allah... kuatkan semangat aku untuk menang dalam mengharungi cabaran yang engkau telah tetapkan untuk aku. Bantu aku untuk kuat menghadapinya. Bantu aku untuk aku bersemangat menghadapinya.

Kadang terfikir bantuanNya pasti akan sampai cuma perbuatan kita sendiri yang menyebabkan bantuan itu sampai tersekat-sekat. Semoga hari jumaat yang indah ini segala perkara yang menyekat bantuan Allah tiba kepadaku tanpa sebarang sekatan.

Bersihkan kolam jiwaku...

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.