2015-05-11

Back to basic.. Sucikan kolam jiwa

Haiya allassolah..
Haiya allal falah..

Tunaikan kewajipan solat tepat pada waktunya, kejayaan akan datang kepadamu.

Sentap. Termenung.

Selama ni walau macamana aku pandang ibadat solat itu, perlaksanaannya masih huru hara. Walaupun tahu solat di awal waktu untuk mencari keredhaan Allah, solat di akhir waktu untuk mencari keampunanNya tapi masih tiada rasa dan kekuatan untuk mendapatkan keredhaanNya.

Itu tanda diri sudah makin hanyut. Dibuai ujian nikmat dunia. Langsung lalai dengan tanggungjawab.

Astagfirullah..

Ampunkan aku..

Sekarang masa untuk review diri sendiri. Formulanya back to basic. Even dah advance sangat pun basic kena kemas. Tersimpan dari dalam kepala. Tersemat rapi dalam dada.

Another side of it, sucikan kolam jiwa. Kolam jiwa dah berkeladak. Tu la... masa bersih dulu tak nak jaga, dibiarkan macam tu aja. Bila dah kotor nak bersihkan punyalah payah. Lebih banyak masa, usaha dan tenaga yang diperlukan untuk membersihkan ia. Kalau sentiasa maintain istiqomah bersihkan kolam jiwa selalu memang tak susah sangat nak 'up'kan tahap kebersihan kolam jiwa itu.

Tapi...

Bila dah kotor macam ni memang makan banyak masa nak bersihkan semula. Dalam proses nak bersihkan tu confirm macam-macam benda yang keluar, macam-macam masalah yang kena harung. huhu.

Tabahlah..

Sabarlah..

Bulatkan tekad. Teruskan berusaha. Kita cuma mampu berusaha. Allah yang tentukan nasib kita. Allah telah tetapkan takdir kita. Kita yang perlu memilih jalan yang sebenar-benarnya... Jalan yang terbaik untuk diri kita. Walaupun mungkin kita tak suka jalan yang dipilih itu.

"Tunjukkan aku jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau redhai dan jalan yang orang-orang beriman lalui sebelumku"

Amin..

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.