2014-08-11

Cuti Sudah Habis Bro... Back tu werk

Cuti raya seminggu, cuti paternity seminggu. Cuti lama-lama memang best. Cuti terus lagi best.

Masuk ofis check email yang bersaiz 33MB sambil melayan office mate yang menyinggah dengan ucapan tahniah. Lepas sarapan baru sambung dengan rutin harian. Check server sana, check server sini. Yang ada problem direpair-repairkan. User request yang datang bertingkek-tingkek tu lepas lunch lah aku tengokkan. 

Ingatkan 2 minggu tak ngadap kerja merapulah kot kerja aku arini rupanya tak. 4 tahun mengadap benda yang sama setakat tinggal 2 minggu tu masih laju je aku setelkan semua benda rutin. huhu. 

Disebabkan pagi tadi masa sampai rumah takde elektrik entah berapa lama aku pun tak pasti. Yang pastinya makanan basah n kering separa basah dalam peti sejuk sah-sah kena masuk tong sampah. keropok lekor yang aku kirim dgn Arzani DE ade 3 bungkus lagi semua kena buang. adoi. sahayangnya!
Apo nak buekkan jang.. takdo rezeki namoeh. 

Seminggu kat rumah godang sorang-sorang. Apo nak buek ni. Takkan nak hapdet blog Shaklee yo. Bondo lain nak kono dibuekkan jugak. 

Jumaat balik Melaka amik Shafiq pastu balik Muar. Ahad balik semula ke Subang. Ke.. Isnin? 

BR/
Epul Jaguh
@Mandara 27

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.