2015-05-22

Majlis pengijazahan graduan Shaklee University - Certified Nutritionist

Selasa lepas kami berdua selamat dianugerahkan certified product trainer oleh Shaklee Malaysia. 2 semester dalam course train the trainer - product trainer.

Pada aku baguslah Shaklee perkenalkan course TTT- product trainer ni sebab SID yang  ramai diluar sana boleh refer kepada certified product trainer sekiranya ada percanggahan fakta mengenai produk. Selain menambah nilai Shaklee Independent Distributor (SID) untuk menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi cabaran open market, pelanggan juga lebih yakin dengan produk beserta konsultasi yang mereka boleh dapatkan. 

Inilah salah satu sebab aku galakkan sapa-sapa yang nak buat bisnes part time atau full time, pilih Shaklee. 

Beberapa keping gambar aku kongsikan kat sini untuk tatapan korang. 


Ada sesi Family Foto siap bagai. Mula-mula nak tinggal double S dgn babysitter, last-last bawa juga diorang sama. 


Itenary hari itu:
TTT graduation ceremony today (19 may);

10am-12pm- collection of academic dress (for those who didn't collect yesterday)
4pm- 6pm: Free family photography session 
6pm- 7pm: Registration& collection of call card and briefing on recognition session
7pm-8pm: refreshment at 14 floor 
8pm-10pm: recognition session
10pm-11pm: return off academic gown


Ucapan ringkas 1 minit. Cakap aje la apa-apa. Ucapan terima kasih semua pihak. Cabaran yang dihadapi. Harapan masa akan datang. Setel. 

That's it!

Bak kata seorang sahabat saya "title comes with responsibility" so my power promise untuk this title ialah berkongsi manfaat 1 produk shaklee setiap hari. 

Doakan aku kuat dan tabah menjalani cabaran seharian. 

Epul




2015-05-12

Update Akhir Tahun 2014 last Quarter in 2014

Entri ni patutnya di publishkan pada bulan Disember. Tapi entah macamana aku boleh terlupa sampailah hari ini baru ingat nak publish. Bulan Mei tahun berikutnya baru ingat nak publish! memang perghhh!!

Selamat membaca..
1... 2... Mula!


Macam-macam cerita penutup akhir tahun 2014 ni. Kalau dok baca dalam whatsapp (ade gak yang rajin kumpul cerita dari awal tahun sampai akhir tahun) memang sayu hati ini.

Overall yang boleh disummarizekan (campur rojak dah BM BI aku ni) tahun ini merupakan tahun yang penuh cabaran, penuh ranjau dan emosi berdukacita sepanjang masa. Walaupun ada masa-masa gembira tapi kadar tak gembira lagi lebih. Bila banyak benda tak gembira yang berlaku boleh jejas motivasi beb.

So kena amik tindakan-tindakan yang perlu untuk mengatasi masalah down dan seterusnya mengekalkan motivasi level ke paras yang memuaskan.

So! Back to topic, last quarter 2014 updates!

Selamat tinggal 2014. Bak kata sorang member dari Iran, we have reach the peak point of this job. It cannot be worst than this.

Diiringi dengan gelak tawa.

Hopefully betullah kata engkau.

Epul Jaguh

2015-05-11

Back to basic.. Sucikan kolam jiwa

Haiya allassolah..
Haiya allal falah..

Tunaikan kewajipan solat tepat pada waktunya, kejayaan akan datang kepadamu.

Sentap. Termenung.

Selama ni walau macamana aku pandang ibadat solat itu, perlaksanaannya masih huru hara. Walaupun tahu solat di awal waktu untuk mencari keredhaan Allah, solat di akhir waktu untuk mencari keampunanNya tapi masih tiada rasa dan kekuatan untuk mendapatkan keredhaanNya.

Itu tanda diri sudah makin hanyut. Dibuai ujian nikmat dunia. Langsung lalai dengan tanggungjawab.

Astagfirullah..

Ampunkan aku..

Sekarang masa untuk review diri sendiri. Formulanya back to basic. Even dah advance sangat pun basic kena kemas. Tersimpan dari dalam kepala. Tersemat rapi dalam dada.

Another side of it, sucikan kolam jiwa. Kolam jiwa dah berkeladak. Tu la... masa bersih dulu tak nak jaga, dibiarkan macam tu aja. Bila dah kotor nak bersihkan punyalah payah. Lebih banyak masa, usaha dan tenaga yang diperlukan untuk membersihkan ia. Kalau sentiasa maintain istiqomah bersihkan kolam jiwa selalu memang tak susah sangat nak 'up'kan tahap kebersihan kolam jiwa itu.

Tapi...

Bila dah kotor macam ni memang makan banyak masa nak bersihkan semula. Dalam proses nak bersihkan tu confirm macam-macam benda yang keluar, macam-macam masalah yang kena harung. huhu.

Tabahlah..

Sabarlah..

Bulatkan tekad. Teruskan berusaha. Kita cuma mampu berusaha. Allah yang tentukan nasib kita. Allah telah tetapkan takdir kita. Kita yang perlu memilih jalan yang sebenar-benarnya... Jalan yang terbaik untuk diri kita. Walaupun mungkin kita tak suka jalan yang dipilih itu.

"Tunjukkan aku jalan yang lurus. Iaitu jalan yang Engkau redhai dan jalan yang orang-orang beriman lalui sebelumku"

Amin..

2015-05-10

Malas. Perangai buruk yang selalu kita buat.

Termasuklah aku. Sekapal dengan golongan orang malas. Malas nak update blog. Malas nak edit video. Malas nak stay up buat research pasal next entri. Semuanya malas.

Walaupun nampak dihujung hasil setiap benda yang dirancang bila dapat hasilnya nanti sangat wow effect, tapi bila berdepan dengan saat memulakan sesuatu jadi sangat-sangat menolak. Seolah ada satu daya beban yang menghempap atas kepala langsung meniupkan rasa 'nantilah' yang sangat tinggi. 

Motivasi level sangat rendah. 

Rindu nak rasa diri termotivasi macam dulu-dulu. Highly motivated in all aspects of involvement. Semua tu dah hilang. 

Soalnya kenapa ye!?

Apa dah jadi dengan aku sekarang? I lost myself!

Allah... kuatkan semangat aku untuk menang dalam mengharungi cabaran yang engkau telah tetapkan untuk aku. Bantu aku untuk kuat menghadapinya. Bantu aku untuk aku bersemangat menghadapinya.

Kadang terfikir bantuanNya pasti akan sampai cuma perbuatan kita sendiri yang menyebabkan bantuan itu sampai tersekat-sekat. Semoga hari jumaat yang indah ini segala perkara yang menyekat bantuan Allah tiba kepadaku tanpa sebarang sekatan.

Bersihkan kolam jiwaku...

2015-05-09

Anak-anak sebagai push factor untuk terus berusaha mengembangkan bisnes

Aku teringin nak pencen awal supaya dapat luangkan masa 100% untuk keluarga. Untuk anak-anak. Hantar diorang pergi sekolah balik berjemput. Ajar diorang sampai pandai. Gilap skill dan kreativiti diorang. Pendek kata, ilmu duniawi dan akhirat yang ada dalam diri ni, dapat dijadikan panduan buat mereka.

Tapi...

Kalau aku nak buat semua tu ada benda yang terpaksa dikorbankan. Aku kena lipat gandakan usaha mengumpul capital yang mencukupi untuk menampung kos meraliasisasisasisasasikan keinginan berpencen awal tersebut. Kalau sekarang ni main source of income datang dari kerja makan gaji dengan salah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di negara ini, secondary income datang dari hasil menjadi delivery boy, blogger, advisor, website designer untuk syarikat isteri aku.

Umum pun tahu kalau kerja gila-gila teruk gila tapi tak sampai nak gila kat makan gaji sampai ke tua lah tak kaya dan berjaya. Kerja makan gaji ni simple je. Lebih banyak masa yang diluangkan untuk mensetelkan lebih banyak masalah di tempat kerja = lebih cerah peluang untuk naik dalam bidang makan gaji. Ini satu daripada benda yang aku rasa kena korbankan. Pada aku, option ini adalah big NO kalau matlamat berpencen awal tu masih menjadi objektif utama.

Nak tak nak memang kena majukan, kembangkan, cantikkan, besarkan, gandakan usaha dan fokus kepada bisnes. Rasa malas mengulit diri sebab dah terperangkap dalam comfort zone. Nak keluar punya la susah! Nak keluar sendiri susah, nak paksa diri nak keluar pun susah. Terus terang, aku perlukan bantuan. Bantuan dariNya.. tapi menerusi siapa? Siapakah yang bakal Dia hantar untuk menyentapkan aku lantas tersedar dari ulitan mimpi comfort zone dan bergegas melipat gandakan usaha mengembangkan bisnes isteri tercinta?

Siapa?





2015-05-08

Bawa anak naik motor pusing taman

Petang tadi bawak anak dara jalan-jalan pusing taman. Shafiqah suka sangat naik motor. Menyanyi sepanjang jalan. Happy la tu. Siap berdiri lagi.

Abangnya pula takut. Dulu kecik-kecik dia suka. Mungkin sebab kejadian dia jatuhkan motor atuk dia kat kampung terus sampai sekarang fobia nak naik motor. Harap-harap bila kau dah besar sikit hilanglah takut tu. Tak macho langsung boy takut naik motor. 

Bila anak dah 3 orang ni tak sempat dah nak join konvoi sana sini. Niat tu ada tapi buat masa sekarang ni priorities lebih kepada family. Besok lusa kalau panjang umur anak-anak dah besar, boleh la join geng motor gi konvoi sana sini bawak girlfriend (a.k.a. B1N1). Barula mengimbau kenangan lama. Fewwittt!!

Piya dah pandai jalan besok papa cemar duli ok? Semua anak-anak papa musti pandai bawak motor! Baru la jawa mix!