2014-04-25

Ke Penang kita hari ini

Ada program dari group supermom. Seminar Shaklee lah senang cerita. Lebih spesifiknya Supermom Idol. Tajuk macam best. Biasanya content dari MKB & mami Hadha mesti best punya. Teringat dinner atas cruise kat tasik Putrajaya. 


Ini boarding pass untuk flight aku hari ini. AK 6112. Doakan AK 6112.

Berdua sahaja dengan isteri. Doakan kami selamat pergi dan kembali. 

Yang benar,

Epul Jaguh

2014-04-14

penulis jemputan untuk blog baru

Dapat jemputan dari isteri saya untuk menjadi penulis jemputan untuk blog baru beliau iaitu www.shaina-shop.net. 



memandangkan kami rasa dah terhantuk dinding terlalu lama di rank Senior Coordinator, dan berikutan dari kehadiran nya dalam Kelas Asas Blog yang saya buat tempoh hari, datang semangat beliau untuk tulis blog. 

OK lah tu.

Saya setuju untuk menjadi penulis jemputan tapi dengan syarat, tulisan blog mestilah ikut style saya! tak ada ayat skema berita dunia jam 10. tak ada saya awak saya awak. awww macam best aje

Apepun, memang saya akui, kami telah berada di rank Senior Coordinator Shaklee terlalu lama. (kalau dibandingkan dengan pengedar-pengedar yang kurang setahun dah naik Master Coordinator lah)
Nak juga merasa bonus Key Coordinator pula. 

Harap-harapnya lah, dengan adanya blog baru, maka dapatlah kami menjemput lebih ramai muka baru yang fresh. Memang target kami untuk membawa orang baru yang tak tahu apa-apa pasal Shaklee ke dalam Shaklee. Mudah mengajar mereka kalau nak dibandingkan dengan orang yang dah tepu. 


Belanja sikit motor impian.. Naik rank Master Coordinator besok, memang aku sambar GTR 1400 ni. Ko tunggu lah!

Yang dah panas bontot,

Epul Jaguh

2014-04-09

Kelas Asas Blog di rumah kami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

2 minggu yang lepas saya telah mengadakan kelas asas blog khusus untuk anak-anak(downline) Shaklee yang berdaftar di bawah group Shaklee Stars kelolaan isteri saya. 

Fokus kelas tersebut adalah untuk memberikan penerangan secara face-to-face kepada peserta. Sebelum ini kelas yang sama pernah dibuat di kediaman anak sulung Shaklee kami iaitu Pn. Maisarah Md. Saupi tahun lepas. 

Asalnya saya ingin mengadakan kelas tersebut pada hari Sabtu. Namun, ramai pula yang minta untuk dianjakkan kelas tersebut kepada hari Ahad. 

Seperti biasa, apabila kelas dah diwar-warkan akan berlangsung pada hari Sabtu, ramai pula yang meminta untuk diadakan kelas tersebut pada hari Ahad. Pulak dah!

Untuk memuaskan hati semua pihak, saya menyedapkan hati mereka dengan mengatakan bahawa kelas asas blog akan diadakan pada masa hadapan pada hari Sabtu. 

Apabila tiba hari yang dinantikan, kehadiran agak mendukacitakan. Ramai yang cancel last minute. Memang benar apa yang telah diperkatakan oleh mak-mak(upline) Shaklee kami berkenaan dengan kelas offline seperti kelas yang asas blog kami, "kalau 100 kata confirm nak datang, cuma 10 orang sahaja yang muncul". 

Dan perkara ini sudah dijangka akan berlaku lantas saya menukar bentuk kelas one way communication kepada comprehensive direct coaching kepada peserta yang hadir. Saya terangkan kepada mereka satu persatu mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam blogger yang sebelum ini tidak mereka ketahui. Saya juga kongsikan kepada mereka tips-tips yang perlu dilakukan oleh blogger baru. Maklumlah, kelas asas sahaja pun dan mereka baru berkenalan dengan dunia blogger!

Semoga dengan sedikit ilmu yang saya kongsikan kepada mereka tempoh hari, dapat memberikan hasil yang baik pada masa hadapan. InshaAllah.