2014-04-09

Kelas Asas Blog di rumah kami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

2 minggu yang lepas saya telah mengadakan kelas asas blog khusus untuk anak-anak(downline) Shaklee yang berdaftar di bawah group Shaklee Stars kelolaan isteri saya. 

Fokus kelas tersebut adalah untuk memberikan penerangan secara face-to-face kepada peserta. Sebelum ini kelas yang sama pernah dibuat di kediaman anak sulung Shaklee kami iaitu Pn. Maisarah Md. Saupi tahun lepas. 

Asalnya saya ingin mengadakan kelas tersebut pada hari Sabtu. Namun, ramai pula yang minta untuk dianjakkan kelas tersebut kepada hari Ahad. 

Seperti biasa, apabila kelas dah diwar-warkan akan berlangsung pada hari Sabtu, ramai pula yang meminta untuk diadakan kelas tersebut pada hari Ahad. Pulak dah!

Untuk memuaskan hati semua pihak, saya menyedapkan hati mereka dengan mengatakan bahawa kelas asas blog akan diadakan pada masa hadapan pada hari Sabtu. 

Apabila tiba hari yang dinantikan, kehadiran agak mendukacitakan. Ramai yang cancel last minute. Memang benar apa yang telah diperkatakan oleh mak-mak(upline) Shaklee kami berkenaan dengan kelas offline seperti kelas yang asas blog kami, "kalau 100 kata confirm nak datang, cuma 10 orang sahaja yang muncul". 

Dan perkara ini sudah dijangka akan berlaku lantas saya menukar bentuk kelas one way communication kepada comprehensive direct coaching kepada peserta yang hadir. Saya terangkan kepada mereka satu persatu mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam blogger yang sebelum ini tidak mereka ketahui. Saya juga kongsikan kepada mereka tips-tips yang perlu dilakukan oleh blogger baru. Maklumlah, kelas asas sahaja pun dan mereka baru berkenalan dengan dunia blogger!

Semoga dengan sedikit ilmu yang saya kongsikan kepada mereka tempoh hari, dapat memberikan hasil yang baik pada masa hadapan. InshaAllah.



No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.