2015-01-17

Ikuti tips berikut kalau nak jadikan kulit bayi gebu fluffy sedap dipeluk

Kali ni kita tulis artikel lain dari yang lain. Jangan tak percaya.. Tips utk baby. Of coursela baby takkan tau tips ni. Mak bapak diorang yang kena tau camana nak jadikan kulit baby sihat, gebu dan fluffy sampai sedap dipeluk. Bapak-bapak yang terjumpa artikel ni kasi klik share satu kali siap tag bini masing-masing. Sharing is caring kan? Kata sayang bini. Biar dorang baca sekali.Tips khas untuk ibu-ibu muda yang baru dapat baby anak sulung. Atau sulong? Mana satu ejaan yang betul ni? Sulung atau sulong? Cikgu BM yang terbaca tolong betulkan ye. Terimasih..

Sama ada lambat kahwin ataupun kahwin dah lama tapi baru dapat cahaya mata. Ataupun mungkin sebab diorang baru terjumpa dengan Set Kesuburan Suami Isteri Shaklee barulah fungsi pembiakan pasangan masing-masing terimprove conditionnya. Kalau baru-baru lepas kawin terus sambar set kesuburan tu ntah-ntah dah berderet macam botol kicap anak diorang sekarang ni. Hmm..

Tips dia mudah aje. Ambil perhatian ibu-ibu yang mengandung.. Nanti lepas bersalin, make sure baby tu diberikan susu badan eksklusif 6 bulan. Teruskan penyusuan sehingga 2 tahun. Bapak-bapak pula main peranan sediakan keperluan dan kemudahan untuk ibu tu menyusukan baby. Kerjasama. Tu aje.

Biar betul tu aje caranya! Ingatkan kena bagi baby makan ape ke baru boleh dapat kulit gebu gebas rupanya bagi breastfeed aje. Kalau lepas cuti bersalin dah abis, susu badan mula kurang, makan Set Menyusu Shaklee. Ingat eh, baby dibawah 1 tahun tak boleh diintroducekan apa-apa produk makanan. Diorang selayaknya minum susu ibu aje. Itula makanan dia, minuman dia, panadol dia, candu penghilang ngantuk dia, pendek kata, tetek mak dialah sumber kepada segala keperluan baby tersebut sehingga dia dah berumur 2 tahun. Cuba cari kat mana-mana supermarket, susu formula pun dia tulis above 1 year. Sapa baru tahu info ini sila buat muka berkerut dan terus ke supermarket berhampiran.

Cuba tengok kat sekeliling kita. Berapa ramai baby yang betul-betul fully breastfeed 2 tahun? Banyak hikmahnya kalau dapat susukan bayi sampai 2 tahun. Yang jelas nampak kat kulit. Fluffy. Yang kurang jelas tapi tak ramai orang perasan, baby sihat dan susah dapat sakit. Kalau sakit pun, sekejap aje. Orang dah terbiasa sangat dengar ala budak sakit biasalah. Ya betul budak sakit memang biasa, sebab diorang nak build up sistem imun. Tapi kalau ditonggang dengan susu formula sahaja pun tunggulah hasilnya patblas tahun lagi.

Ni lagi satu tips, kalau baby demam, biasalah bawak gi jalan sikit, balik rumah start selesema pastu demam. Tak payah gi jumpa doktor. Diorang pun bukan boleh buat apa. Bagi je susu badan banyak-banyak. Kerapkan penyusuan. Kejap-kejap susu. Kejap-kejap susu. Biar kembung perut baby dgn susu ibu. Kalau terlebih susu diorang akan keluarkan balik masa sendawa. Orang jawa panggil blukek. Dalam BM tak tahu nak sebut camana. Tapi camtulah. Hmm..

So tu ajelah ceritanya. Belanja sikit gambar baby yang breastfeed eksklusif 155 hari (lebih kurang 5 bulan lebih) sebagai penutup tirai artikel kali ini.
tips jadikan kulit baby lebih gebu
Bambam pipinya
cara mudah jadikan baby sihat dan berkulit halus
Nur Shafiyah dengan bapanya
Semoga anda dapat mengamalkan tips yang sampaikan. Juga jangan lupa sampai-sampaikan kepada mereka yang masih tak tahu tips yang simple gile ini sebab yang tak semua tahu tu ramai sebenarnya. Yang dah tahu ada, tapi yang tak tahu lebih ramai. Manalah tahu mungkin dengan sharing anda itu menjadi sebab mereka dapat manfaat hasil dari tindakan anda. Mesti best kan?

Sekian.

Epul Jaguh
Bapak anak 3.
1 susu formula (sebab ilmu tak cukup lagi)
2 susu badan (Alhamdulillah)

2015-01-15

Mendalam sungguh maksud Antara Dua Cinta. Nasyid dari kumpulan Raihan dari album Allahu

Dalam perjalanan menuju ke sekolah tadika anak aku untuk hantar mereka, sambil-sambil cari stesen radio selain ikim.fm, tetiba terdengar nasyid Raihan ni. Ikim.fm still the bestla kan. Bukan dah tak suka ye.. Kadang-kala nak tukar angin sikit. Bak kata orang jawa keluar dari comfort zone. Melalut pulak. Yup. Antara 2 cinta. Sayu je dengar liriknya. Mula-mula tak tahu ape tajuknya, lepas google satu rangkap liriknya yang memang rasa tepat tertusuk di kepala; dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus... baru tau tajuk nasyid ni.

Antara dua cinta - Allahu
Raihan - Allahu
Hayati bait-bait lirik nasyid yang memberikan kesan yang agak dalam jugaklah dalam hati aku pagi tu. Termenung panjang sampai bini aku panggil 2-3 kali pun tak sedar. Otak tetiba blank. Tapi bukanla blank terus. Macam roh tetiba keluar dari badan. ahh susah pulak nak explain. Haa sampai macam tu sekali la rasanya. Ni ha aku gigih cari video dan lirik khas untuk tatapan anda.

Raihan - Antara Dua Cinta



Album : Allahu
Munsyid : Raihan

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh

sumber rujukan: http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/736/raihan-antara-dua-cinta.html

Jangan tanya aku ape maksud Munsyid. aku pun tak tahu. google kan hado..

Dari kecil sampai dewasa sekarang ni dah banyak benda yang dah aku kejar di dunia nan fana ini. Ada yang dapat digenggam erat kemas, ada yang tak dapat.. emosi bila dapat biasalah gembira, ceria, kalau tak dapat pulak sebaliknya. Huhu.. Jadi kesahnya sekarang ni kalau dapat aku analogikan diri aku dalam cerita Matrix tu, aku macam Neo. Bukan sebab nakkan awek cun macam Trinity tapi .. Aku ni ibarat sebiji bateri yang dah tersedar dari tidur. Mind dah disconnected dari software dunia yang kononnya selama ini dianggap realiti.

Mula sedar dan jelas benda yang aku telah kejar selama ini... Dan mula tertanya-tanya pada diri sendiri benda yang aku masih kejar sekarang adakah ia betul benda yang betul-betul aku perlukan dan masih wajar untuk aku kekalkan momentum pengejaran ini atau ia hanya sia-sia semata dan aku harus tinggalkan seperti dumpkan awek tanpa sebarang kata putus "sampai sini saja hubungan kita. Mulai hari ni kita clash" haa cenggitu la contohnya. CONTOH aje tu..

Kesahnya sekarang..

Refokus balik apa yang penting dan perlu untuk dikejar. Selebihnya tolak tepi sampai masuk bakul sampah. Ikat letak tepi, kejap lagi buang dalam tong sampah besar.

Kutip balik semangat... Cari balik kekuatan dalaman.. Mengadu kepadaNya.. bercakap denganNya..

Semoga diberikan kekuatan menempuhi ujianNya.

Ikhlas,
EpulJaguh
Antara 2 Cinta

2015-01-07

Tarbiah Sentap: ALLAH AKAN UJI KITA DENGAN BENDA YANG PALING KITA LEMAH

Memang sentap dia punya tarbiah. Bagaikan terkena sniper headshot di kepala.

Tarbiah sentap Allah uji kita dengan benda kita yang paling lemah
A time to reflect

1) Mungkin kau bab-bab solat jemaah ni kau okay.
Dapat pergi surau 5 waktu semua. Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab solat jemaah, kau lemah bab tak boleh tahan nafsu dengan perempuan. Maka, Allah akan uji kau dengan PEREMPUAN!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Ikhtilat, cinta, couple, video lucah dan sebagainya? Selagi kau tak settle bab tu, kau jangan rasa kau hebat dan jangan sesekali puas!
2) Mungkin, bab-bab tutup aurat sempurna, pakai tudung labuh semua, kau okay.
Tapi, jangan ingat kau hebat. Mungkin kau tak lemah bab-bab aurat. Tapi, kau lemah bab obsess artis! Maka, Allah akan UJI kau dengan artis!
Sejauh mana kau boleh tahan dengan ujian tu? Kpop, Justin Bieber, One dorection, Lee Min Ho, drama korea jepun bagai. Sebab tu, ramai je orang tudung labuh, tapi bab ni tak settle. Selagi kau tak settle bab ni, jangan ingat kau hebat, dan jengan sesekali puas!!
3) Mungkin, kau, bab-bab akhlak semua kau okay.
Akhlak kau baik, sopan, pemaaf, peramah dan sebagainya. Tapi, bab aurat kau lemah. Maka, Allah akan uji kau bab aurat!
Sejauh mana kau boleh tutup aurat sempurna? Tudung labuh tutup dada dan bahu, takde senggul, tak jarang, warna tak menarik perhatian dan lain-lain?? So, jangan mendabik dada dan puas dengan akhlak kau. Kerana tu bukan kelemahan kau!
4) Mungkin kau ni lelaki yang langsung tak tergoda bila tengok perempuan-perempuan seksi.
Kau langsung tak tertarik. Soleh la katakan. Tapi, seperti biasa, Allah akan uji dengan benda yang kau lemah! Maka, Allah akan datangkan perempuan yang bertudung labuh sempurna untuk uji kau!
Sebab tu wujud post-post kat FB dan twitter lelaki yang bajet soleh, yang berbunyi:
“Subhanallah! Sejuknya mata memandang wanita bertudung labuh. Moga kalian istiqomah!!”
“Seindah hiasan adalah wanita solehah. Tenang hati melihat perempuan-perempuan bertudung labuh ni…..”
Hancur! Tudung labuh ke tak, tunduk pandangan la kawan!
*****************************************************************************************************************************
Banyak lagi contoh.
Tapi, masing-masing ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain, kerana kita mampu buat perkara tu kerana itu bukan kelemahan kita!
Orang yang beriman adalah, dia mampu atasi segala ujian yang Allah beri, termasuklah mengatasi ujian menyelesaikan segala kelemahan-kelemahan yang kita ada.
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling kita lemah.

2015-01-03

Biodata Nabi Muhammad sempena maulidur rasul 12 Rabiul Awal 1436bersamaan 3 Januari 2015

Nama: Muhammad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluruhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Nabi: 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

2015-01-02

Tadika Little Caliph first day untuk tahun ini dan kisah poket kopak di Kawasaki HQ

Walaupun ada lagi dekat tadika little caliph ni dengan rumah yang aku duduk sekarang, tapi aku sengaja pilih yang jauh sikit sebab bilangan murid yang jauh lebih sedikit dan suasana persekitaran yang lebih selesa. Walaupun dengan kadar yuran yang sama!

Pilihan di tangan kita. Tepuk dahi fikir panjang-panjang.

Ni gambar sekitar.


anak-anak ke tadika

Semoga bermanfaat.

Balik dari tadika terus hantar ninja 250r gi service. Last service 33,000km. Sekarang dah 38,000km. Bawak pun dah tak sedap. Kasi Major service kat Kawasaki HQ Glenmarie.

Tinggalkan motor kat Kawasaki HQ katanya boleh ambil semula petang nanti. So, kitorang pun berdesup ke Shaklee HQ. 

Sesampai kat tempat parking ternampak ada satu parking yang kosong betul-betul sebelah pintu masuk lif. Khas Untuk expecting mom. Canggih Sunway Pinnacle ni ade parking khas utk pregnant mom. Tak lama lepas tu berdesup kereta Perodua Alza masuk parking kat situ. 

Saje tunggu kejap nak tengok betul ke yang keluar kereta tu pregnant mom. Sekali Master Lydzar Rusman! Haha Tegur dia tanya "Tgh pregnant ke?"

Terus jadi bahan. 
Masa kat HQ sementara tunggu bini aku siap tulis borang vitamin apa nak diborong terserempak dengan Kak Capt. Vitamin. Sampai setel urusan di HQ kitorang sembang menjalin ukhuwwah. 

Maklumlah kat dalam seminar ASB 2.0 Penang nampak Kak Capt. dari jauh je. Nak tegur takde point nak sembang. 

Moga rezeki murah tahun ini. Dah ada COD 2 tempat untuk hari ini. Pos pun ada. 

Setelkan urusan pos lepas amik balik motor kat kawasaki HQ. Kopak RM424. 

Pomen cakap ada beberapa lagi yang nak kena repair. Worst case overhaul dan tukar 2-2 fork depan. Budget dalam RM4500. Perghhhhh!! Baru ninja 250r kot. Kalau GTR 1400 tak tahulah berapa. 

awal tahun dah kopak

Sekian catatan hari ini. Moga bermanfaat buat pembaca. 

EpulJaguh
2/1/2015

2015-01-01

Berakhir sudah 2014. Selamat datang 2015

Kepada semua pembaca budiman, maafkan ketidak-update-an blog ini buat kesekian kali. Nampaknya tahun 2014 yang penuh mencabar telah berlalu. Sekarang kita buka buku baru.

Selamat datang 2015
Selamat tahun baru 2015
Azam baru aku untuk blog ini sempoi je. Setiap hari mahu kasi update. Dah. pendek je. senang je (kot?) Agak selari dengan azam untuk perniagaan family aku tahun ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami untuk mencapai peringkat tertinggi dalam perniagaan kami. Amin.

Apepun dah masuk tahun yang dijangka lebih mencabar dari 2015 satu sahaja yang daku harapkan; lebih besar cabaran dan ujian yang datang, lebih besar rahmat dan berkat rezeki yang datang mencurah-curah. Sunnahnya begitu.

Jadinya itu sahaja untuk kali ini. Idea nak menulis belum sampai lagi walaupun ade sekerat dua tapi nantilah dulu. Kumpul biar cukup satu artikel baru aku publishkan sekaligus.

Marilah sama-sama kita doakan tahun ini akan memberikan 1001 kejayaan lebih bermakna kepada kita semua. Sihat, kaya dan berjaya dunia akhirat.

Sekian.

Ikhlas dari,
Epul Jaguh
1/1/2015