2024-12-23

Update Disember 2024

Update Disember 2024

Bulan ni bahaya sikit sebab yang pertamanya bulan last tahun 2024. Kalau miss jugak maksudnya memang hauk la sepanjang tahun tu. Atleast bagila cantik sikit kan? so kita tengok ape status untuk bulan ni.

Sepanjang bulan Disember ni sehingga ke tarikh hari ini, sekurang-kurangnya ada 1 entri setiap hari untuk achieve KPI bulan ni.  Maintain macam ni, nampak ada peningkatan kat semua entri ranking dalam search engine. 

Dari segi optimization pulak nama blog, title blog kena ubah. Pengedar Shaklee Shah Alam dan Subang Jaya tak berapa cantik. recommendation dari website mana tah katanya tajuk, description, meta ape ke benda alah untuk blog Shaina-Shop.net aku ni kena ada perubahan. So apelagi, buat research sikit, pastu nah hasilnya.. Tajuk & Description ubah. dan beberapa lagi kosmetik diubah untuk capai tahap optimize yang lebih tinggi la dari sekarang ni.

Satu lagi update kat mana tau, kat tambah keyword dalam blog. dari 300 lebih entri, keyword buru ada 180 aje. so kena tambah. nak tambah, kena check dgn competitor. apa yang dorang lebih, apa yang aku kurang. check check.. memang banyak kena tambah kat area ni.

Next adalah update untuk SHS, Shaina Health Shop. rasanya dah takde organik traffic yang masuk dalam blog ni. so aku decide untuk stop update. rasanya nak pelan2 pindahkan entri2 tahun ini masuk dalam SS.    
ada perningkatan kat impression tapi ranking jatuh



SHS punya.. memang layak kena tutup la nampaknya




Result & Observation:

SHS memang terus tak update.
Kasi pindah 2024 punya entri semua masuk SS
Nama Title blog dan Descrption dah ubah - Resultnya, impression naik, ranking turun. mungkin sebab nama dah tukar. tapi impression tinggi kita tengok apa jadi bulan depan.

Critical Takeaway:
Maintain entri sekurang-kurangnya 1 sehari.
Setiap entri tambah keyword






2024-11-22

Update bulan November 2024

Sepanjang bulan Oktober ada hari yang tak ada entri. Sepanjang bulan Oktober ada entri yang 3 entri sehari, ada yang takde langsung sehari. Masuk November pun sama juga. ada yang 3 entri, ada yang takde langsung. Kena improve kat situ.
Agak sibuk sikit bulan November ni sebab 2S exam. mmg tak sempat la nak tengok blog.

post mortem:
1 hari 3 entri tak berjaya. 
sebab: entri banyak tapi tak konsisten. belum mencapai tahap minimum.
dari banyak entri tapi tak konsisten, lebih baik konsisten dan meningkat kemudiannya.

Target start harini!

So bermula hujung November 2024 ni fokus untuk buat 1 entri satu hari selama 30 hari berturut-turut tanpa gagal. Kita lihat macamana perginya dari sini

Starting 23-11-2024 Plan begini:
SHS 1 entri bisnes 1 hari pukul 1pm. 
Gambar masa NC related to bisnes
CTA letak link ke wassap

SS 1 entri produk dan penyakit 1 hari pukul 1pm
gambar penyakit dan produk
letak link ke S2U kat nama produk
CTA link ke wassap


SHS - Bisnes

SS - Penyakit & Produk


Result & Observation:
SHS - masih takde click
SS - ada 8 click
ada click kat produk tapi kat bisnes takde apa lagi.

Kesimpulan:
tak taulah masih awal lagi atau memang takde hasil. 
dah masuk bulan ke-2 blog ada entri. tapi belum konsisten.


2024-11-15

Tukar strategi

 Assalamualaikum and wassap gais!

harini jumaat, banyakkan selawat.

so update untuk kali ni berdasarkan pemerhatian kat search console.

tengok performance website Shaina Shop & website Shaina Health Shop


Shaina Shop dah mula menampakkan kesan positif, ada 2 click sehari! haha hampir 2 bulan update blog 3 entri sehari cuma dapat 2 click aje sehari. memang gila


Shaina Health Shop pula aku buat benda yang sama, 3 entri sehari tapi masih click 0. mungkin sebab baru start, tak sampai 2 bulan. tapi aku rasa blog ni lagi potential untuk pergi jauh berbanding yang bayar punya. pelik betul.


tapi takpe. aku rasa nak susun balik strategi.

satu blog cerita pasal produk, promote produk, share tips, awareness dan lain lain berkaitan produk

satu lagi pulun pasal promote bisnes. fokus macam ni start minggu ni. week46. tengok apa hasilnya untuk 1-2 minggu akan datang.


dan blog ni pulak akan cerita pasal pemerhatian dan review balik. improvise kasi maju kehadapan.


tapi masuk bulan November 2024 ni gagal mengkonsistenkan blog. budak-budak ada exam akhir tahun. tinggalkan blog kejap. lepas abis exam kita qada' balik 

2024-11-11

kembali bersiaran!

 pehh... gile bapak kaw kaw punya bersawang blog ni

hahahha

hahah

hahha


tak tau nak tulis apa kat sini

sapa yang sampai entri ni memang lejen la

kalau tak stalker, kau dijemput dengan cara yang paling tak disangka untuk sampai kat sini.


so

update


aku tengah start rajin update blog blog Shaklee aku sekarang.


aku start update start awal bulan Oktober 2024 haritu. so kalau ikutkan hari ni dah nak dekat sebulan setengah aku dah start.

aku tengah bereksperimen untuk kedua-dua blog ni. satu ada domain, satu lagi yang free. both ada entri 3x sehari pagi petang malam, masing2 ada cover tajuk masing2. so kita tengok macamana perginya.


nanti bila2 free lagi kita datang balik sini untuk tengok resultnya.

2019-05-03

Proton COE: servis Exora merangkap repair

Sejak dari beli tahun 2010 sampai hari ini, Exora ni memang akan aku cuba untuk sampaikan disini. Ada beberapa kali aje yang terpaksa dibawa servis atau repair kat bengkel luar.

Pemandangan dari dalam tempat menunggu Proton COE


Alhamdulillah, tak pernah mengalami kerosakan major. Kalau sangkut kat tepi jalan tu biasanya sebab tayar pancit.



Biarpun kos agak tinggi berbanding hantar ke bengkel 'bawah pokok' tapi aku lebih mementingkan elemen 'peace of mind'. Kita tak payah nak risau spare part yang digunakan itu original atau tidak. Nak tinggalkan kat bengkel pun tak bimbang. Bukan nak kata bengkel bawah pokok ni tak bagus mungkin sebab aku belum jumpa bengkel yang boleh aku percaya. Itu aje.



Kalau korang ada rekomendasi bengkel yang best, sharekan kat bawah.



epuljaguh

Pemandu Exora 2010