Di Malaysia, CIMB membuat keputusan untuk menutup 23 cawangannya di Malaysia.
Bank
of America di Amerika pula telah menutup sehingga 23% dari keseluruhan
6,100 cawangannya di seluruh Amerika, sejak 2009 lagi, menjadikan
bilangan cawangan mereka kini berjumlah hanya 4689 sahaja hari ini.
Di United Kingdom pula, 600 bank telah ditutup sejak setahun lalu sebenarnya.
Sebenarnya
ini adalah kesan 'Letusan Digital'. Penutupan bank semata2 tidak
menggambarkan krisis ekonomi bagi sesebuah negara. Ia jauh sekali
menyimpulkan bahawa sesebuah negara, Malaysia dalam kes ini hampir
bangkrap dan mengalami kejatuhan ekonomi.
CIMB
misalnya mencatatkan keuntungan saban tahun, petanda transaksi dan
urusniaga perbankan rancak dan bisnes mereka bertambah baik.
Tetapi tidak dinafikan, dalam 'Letusan Digital' banyak kerjaya akan menjadi pupus dan jawatan tersebut tidak lagi diperlukan.
Urusan
di kaunter bank, berdepan dengan Kerani Bank misalnya, sudah digantikan
dengan perbankan internet. Duit tunai pula, digantikan dengan urusniaga
menggunakan kad debit dan kredit.
Kurang pekerja,
maka kos operasi cawangan fizikal meningkat, menjadikan mereka tidak
lagi praktikal untuk wujud sebagai 'brick and mortar' seperti yang kita
tahu.
Malah, 'Letusan Digital' bukan setakat memberi kesan kepada urusan dan kewujudan bank secara fizikal semata.
Uber dan Grabcar misalnya adalah 'Letusan Digital' yang mengesankan pemandu teksi, dan pendapatan mereka.
Begitu
juga AirBnB, mengisi ruang kosong penyediaan perkhidmatan hospitaliti
dan perhotelan. Syarikat hotel terbesar dunia ini tidak perlukan
sebarang bangunan hotelpun untuk beroperasi. Trivago pula misalnya
memudahkan pencarian hotel yang kita mahu dan mampu. Hotel dengan rating
teruk dan harga tidak kompetitif, tidak akan bertahan lama.
Berapa
ramai pula antara kita telah semakin bergantung kepada perniagaan
melalui internet. Perniagaan tudung, sambal hitam, biskut dan kek raya,
pakaian, mainan anak2, semua di internet sahaja. Ia serba sedikit
mengambil peranan premis2 perniagaan dan kedai2. Surirumah kini lebih
arif serba serbi tentang berniaga. Termasuklah orang rumah aku.
Macam-macam perniagaan online sekarang ni yang boleh dijalankan hanya dari rumah tanpa premis kedai. Ini perniagaan yang dijalankan oleh keluarga saya.
Khidmat mengambil
gambar tak perlu lagi studio dan kedai gambar seperti dahulu. Tiada
lagi keperluan untuk cucian gambar2 amatur. Tangkap dan cetak sendiri di
rumah.
Penggunaan emel, socmed pula sedikit
sebanyak mengambil alih tugas dan fungsi pejabat pos dan tenaga kerja
berkaitannya. Tiada lagi Q panjang di Pejabat Pos, dan petugas kaunter
pos pun lebih manis dan ayu senyumannya, kerana kurang tekanan kerja.
Bahkan, penerbitan akhbar pun, jika tidak mengikut arus 'Letusan Digital', banyak penerbitan pasti gulung tikar.
Tempat aku bekerja pun sebahagian besar tugas-tugas manual telah diambil alih oleh self-service tools, tiada lagi 'physical training session' kerana berubah menjadi 'learning on the go'. Selaras dengan objektifnya most favourite digital partner.
Hey, siapa tahu, jangankan pekerjaan di bank, pekerjaan kau dan aku pun mungkin boleh pupus kerana 'Letusan Digital', tau.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?
Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.
Selamat berblogwalking.