2016-05-10

Berpagi-pagian dalam mencari rezeki

Semalam terdengar motivasi pagi di ikim.fm berkenaan kisah burung yang setiap hari keluar mencari makanan untuk anak-anaknya dan juga dirinya. Tanpa putus asa. Tanpa rasa kecewa. Kadang ada rezeki untuknya. Kadang tiada. Namun tetap keluar setiap pagi berkicauan asyik siapa yang mendengarnya. Tetap disiplin. Buat Kita yang mahu mempelajari darinya. 

Begitu juga dengan jiran sebelah rumah ni, pukul 4:30 pagi sudah kedengaran bunyi api dapur dipetik dinyalakan, lesung batu berketukan, seperti mahu bergegas menyiapkan sarapan. 

6:30 pagi pula sudah kedengaran pintu grill ditarik. Anak-anak bersalam tangan ibu untuk ke sekolah. Seawal itu ada dikalangan kita yang masih baru hendak bangun subuh. Wallahu 'alam. 



Salah satu pesan Imam Syafie buat kita, dalam mencari rezeki hendaklah kita berpagi-pagian. Semoga Allah kurniakan kita kudrat agar kita dapat beramal dengan ilmu yang kita dapat hari ini. 

Semoga bermanfaat buat anda yang sudi membaca. 


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.