2014-10-08

Ahad Berhari Raya Haji, Isnin Jadi Photographer Wedding SeparaProfesional. Selasa Bawak Shafiyah Ke Klinik Untuk Disunatkan

Raya Haji hari ahad, isnin ada majlis tunang. Jadi photoG separa profesional.  Selasa baru dapat masa lapang nak sunatkan Shafiyah.

happy malay family festival ceremony potrait
Family potrait pada Hari Raya Haji yang lepas.

ShaSha bertunang dikelilingi sepupu dan anak buah
Sejak dari dalam pantang lagi puan wife minta saya bawakkan baby Shafiyah ke Klinik Amin Parit Bakar untuk disunatkan.

Nur Shafiqah pun disunatkan di situ. 

Pagi itu semuanya berjalan lancar. Cuma kesihatan puan wife tak berapa mengizinkan. Paksa juga untuk keluar kalau tak entah bila nak buat. 

Sampai kat klinik, register, tunggu sekejap sebelum dipanggil masuk. 

Shafiyah yang cumel

mobile nampak lawa.. kenapa desktop nampak lain?

Bila tiba giliran dipanggil doktor, masuk, nurse yang amik fiya dan apply bius kat ***** dia. Huhu.

Kejap aje proses pengapplyan ubat bius tu. Kemudian sementara bius mula berkesan, kena tunggu kat luar sekejap. 

Nampak ke nama doktor tu?

Dr Azizah yang bertanggungjawab menyunatkan Shafiyah. 

Selepas selesai. Ambil ubat dan bayar. Kos perubatan hari ini adalah RM25.00. 
Sangat berpatutan. 

So sekarang tinggal Muhammad Shafiq aje yang belum disunatkan. Tunggu kau sekolah nantilah ramai-ramai dengan kawan-kawan kau besok Papa sunatkan.

BR/
Epuljaguh
#iamafatherofthree



No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?

Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.

Selamat berblogwalking.