Ulasan Teknikal Bersulam Tauhid yang sangat menarik oleh Kapten Norudin - Pedoman begini yang kita cari
Atas permintaan ramai selepas kami upload rakaman wawancara ulasan Kapten Nurudin bhg 2, kami upload rakaman penuh beliau pada hari sebelumnya. kami panggil ini bhg 1.
Ya, Dapatan kami, dan kami yakin sebahagian jauh di sudut hati ramai daripada kita semua juga sama tepat dengan pencerahan oleh Kapten Norudin ini.
Sebelum ini TV3 ada menemuramah seorang lagi pesara Juruterbang yang memberikan kesimpulan yang seakan-akan sama, namun dengan lontaran yang agak ‘reserved’, tidak terus terang seperti ulasan beliau ini.
Ulasan yang bercirikan tauhid dari bekas ketua juruterbang berpengalaman ini sangat membahagiakan kami.
Kapten Norudin dengan berani mengatakan, perlaksanaan perintah Allah telah dengan angkuh didustakan oleh manusia yang merasakan telah cukup hebat dengan ilmunya. Kami perhatikan scenario alam maya ini, yang angkuh itu kebanyakannya hanya tahu sedikit, yang sudah ‘masak’ ilmunya mendiam diri dan semakin tuntuk. Itulah ‘resmi padi’ pada sifat manusia.
Alhamdulillah janji Allah itu benar. Kami yang mengkaji tentang rahsia al-Kahfi amat yakin bahawa Allah tidak tinggalkan kita dari sumber cahayaNya yang asal dan benar. Allah yang telah menurunkan ketetapan dalam kitab itu, dan Allah juga yang memeliharanya melalui rijalul ghaib, para penjaga agama. Mereka sekadar ‘tidur’ dari bertutur kata dan tindak tanduk mereka. Mereka tidak termakan kebatilan yang dibuat manusia atas dasar sunatullah, sunnah alam, kerana situasi tidak membenarkan.
Tragedi MH370 ini telah sedikit sebanyak membuka mata manusia yang selama ini bukan sekadar menutup ‘sebelah mata seperti Dajjal’ malah sudah sampai tahap menutup kedua-dua belah mata terhadap petunjuk dan arahan Allah. Kita sering lihat perintah Allah dinafikan mentah-mentah.
Buat masa ini kita fokus saja untuk berdoa dengan penyerahan sepenuh-penuhnya bagi mengharapkan pertolongan Allah agar misteri MH370 segera terjawab.
#PRAY4MH370 #PrayForMh370 #MH370 #DoaUntukMH370#doakanMH370
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?
Sebarang komen yang mengganggu ketenteraman awam akan dibakul sampahkan dengan serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan dari pihak penulis. Harap maklum.
Selamat berblogwalking.