Baru-baru ini berkesempatan ke Tabung Haji. Mujur cawangannya di Muar depan pasaraya wetex yang sangat lejen tu buka pada hari Ahad.
Anak ketiga ku yang lahir 3 bulan yang lepas.
Maknanya, umur anak aku 76 tahun baru dapat pergi haji setelah daftar haji di Tabung Haji pada hari ini.
Masa aku daftar dulu tak ingat bila tapi dah tua dah, masa 32 tahun jugak lah, masa register tu, setelah diberaturkan, dalam umur 65 tahun baru dapat pergi.
Sekarang apatah lagi.
Syarat nak daftar haji ialah memiliki baki sekurang-kurangnya sebanyak RM1,300.00 di dalam akaun dan tidak boleh keluarkan duit kurang dari baki tersebut. Jika terpaksa keluarkan juga, beratur balik start dari mula.
Jadi, pergi check berapa balance dalam akaun Tabung Haji, kalau cukup haul dan syarat, cepat-cepat register. Bukan susah pun, step 1 pergi ke Tabung Haji yang berhampiran, step 2, isi borang pendaftaran haji. Mudah bukan?
Apa jadi kalau tak cukup balance?
Tetiba dapat mesej dalam whatsapp antara lain berbunyi begini:
********************************
Daftar Haji..
Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.
Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.
Dari : Hj Mohd Lutfi (TH)
Silakan Tag/Share..
************************
Jangan tunggu lama-lama.
Kita sekarangn ni dah mudah sangat. Untung ada tabung haji. Kenangkan berapa ramai lagi jemaah haji seluruh dunia yang urusan hajinya dibuat sendiri.
Teringat pernah bersembang dengan wak Razali masa singgah dirumahnya 3 tahun lepas masa bulan puasa, katanya orang jawa yang datang Malaysia dulu mengerjakan tanah gambut (disekitar Muar) sampai cukup duit untuk buat haji kemudian dijual semuanya untuk dibuat tanggungan belanja tambang haji. Sejak ada Tabung Haji, lepas dapat upah mengerjakan tanah kebun, simpan sikit-sikit sampai cukup belanja, pergi haji balik tanah kebun masih ada. Tak perlu jual tanah, tak perlu balik Indonesia. Tinggal terus beranak-pinak di sini.
Aku dengar cerita wak dengan tekun sambil mengiyakan sahaja.
Jadi pengajaran buat pembaca, silalah mendaftar haji segera. Melaksanakan fardhu haji itu wajib bagi mereka yang berkemampuan.
BR/
EpulJaguh
Kalau dh daftar pakai kwsp akaun satu, tapi duit dlm tabung haji digunakan smpai kurang dr 1300..masih dpt teruskan g haji ke
ReplyDeleteSyaratnya duit dalam akaun tabung haji itu mestilah tidak boleh kurang dari RM1300. Kalau terkurang jadi RM1299.00 maka secara automatik, terkeluar dari queue dan kena start beratur semula bila baki dalam akaun Tabung Haji tersebut mencapai amaun RM1300. Jelas?
Delete